Translate

Friday, 29 June 2012

Andai itu takdir-Nya...

Assalammualaikum,apa khabar?xsihat?gi mkn ubt!hehe..ok,klau awk tngok tjuk post ni mcm tjuk sbuah novel,kan?hihi..sya bkan nk crita tntang novel tu..sje je ambik tjuk tu~
Ok,harini sya nk cite skit tntang cinta.(hehehe)sya bkan gatai ye...just nk brkongsi je..Cinta ada bnyak pringkat.first cinta monyet yg menjadi nadi kpd muda mudi.msti awk smua prnah brcinta kan???sya nk tnya..apa mksud cinta?cinta adalah satu fitrah yg ada di dlm hati mnusia.cinta mmbuatkan sseorang itu tidak ksunyian dlm hidupnya dan sseorang itu mmpunyai sifat pnyayang trhadap org yg dikasihi.

yg paling bestnye ialah islam tidak memusuhi cinta.Ini sesuai dengan ciri-ciri Islam sebagai agama yang menepati fitrah manusia. Malah, Islam memandang tinggi persoalan cinta yang tentunya merupakan perasaan dan fitrah yang menjiwai naluri setiap manusia.


Tetapi,cinta dlm islam ada beberapa pringkat:

1.Cinta kpd ALLAH.
-cinta kpd Allah ni bkannya kita dok msej 'i love u' kt Allah.no3!cinta kt Allah ni ialah cinta yang tertinggi dalam kehidupan manusia.Tanpa cinta kepada Allah, perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti, sedangkan apa yang menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan dan mencintai Allah. Dengan cinta akan mendorong manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah serta menerbitkan iman yang mantap.

2.Cinta kpd Rasulullah S.A.W. dan Para Anbia'
-Ketika manusia berada di dalam kegelapan, maka diutuskan pembawa obor yang begitu terang untuk disuluhkan kepada manusia ke arah jalan kebenaran. Pembawa obor tersebut ialah Rasulullah s.a.w.
 Maka kita spatutnya brsyukur krana Nabi Muhammad S.A.W. dtg mncerahkan hidup kita dgn chya ISLAM.

3.Cinta sesama mukmin.
-hmm...Perasaan kasih sayang sesama manusia merupakan tunggak utama untuk menyalurkan konsep persaudaraan. Cinta inilah yang mengajar kita supaya mencintai ibu bapa dan keluarga. Selain daripada cinta kepada kedua-dua ibu bapa, Islam juga meletakkan cinta sesama mukmin sebagai syarat kepada sebuah perkumpulan atau jemaah yang layak bersama Rasulullah s.a.w..
Inilah yang telah diajar oleh Islam. Maka masyarakat sejagat, malah umat Islam sendiri dapat melihat bahawa betapa agungnya unsur kasih sayang dan cinta yang terdapat di dalam Islam dan begitu jualah agungnya penjagaan Islam sendiri terhadap umatnya supaya tidak mencemarkan kesucian cinta dengan kekotoran nafsu.

Itulah cinta di dalam Islam. Ia haruslah diasaskan di atas dasar keimanan kepada Allah. Alangkah ruginya cinta yang lari dari landasan iman. Lalu akan hanyutlah jiwa-jiwa yang menyedekahkan dirinya untuk diperlakukan oleh ´syaitan cinta´ sewenangnya-wenangnya.

Sesungguhnya cinta sebelum perkahwinan merupakan cinta palsu walaupun dihiasi dengan rayuan manja kerana itu hanya panggilan ke lembah kebinasaan. Masa muda yang dianugerahkan oleh Allah hanyalah sekali berlaku dalam hidup dan tidak berulang lagi untuk kali kedua atau seterusnya.

Maka dalam meniti usia, remaja perlu berhati-hati dengan mainan perasaan walaupun merupakan perkara yang amat sukar dilakukan, apatah lagi semakin dihambat usikan perasaan, semakin ia datang mencengkam. Itulah azam kita untuk melawan nafsu dan alangkah malunya untuk kita tewas dan kita sendiri merelakan diri dibawa oleh arus yang menghancurkan.

Jangan jadikan diri kita sebagai hamba cinta yang hanya berlandaskan nafsu tanpa pertimbangan akal yang waras. Kita seharusnya mengawal perasaan cinta kerana jika terlalu obses terhadap seseorang, manusia biasanya akan hilang kawalan dan tidak dapat menerima hakikat kehilangan, lantas sanggup melakukan sesuatu yang buruk untuk melepaskan perasaan kecewa seperti pembunuhan kejam terhadap Allahyarham Norzi Ayu Md Nor baru-baru ini serta beberapa contoh yang lain.

sumber:-CINTA MENURUT PANDANGAN ISLAM-

:) sweetnye


1 comment:

  1. Assalamualaikum (^_^) datang follow blog ni. Follower yang ke- 5.

    Nanti jikalau ade kelapangan , awak tinggalkan jejak link blog awak di sini ya Exchange link

    nanti saya dapat Blogwalking awak selalu (^_^)

    Hope dapat jadi rakan yang sejati dalam blogger ni ya , kita gunakan peluang ini sebaiknya untuk mengeratkan lagi hubungan antara 2 blogger (^^_)
    Salam perkenalan ; ) sekali lagi dari Fariz Reza .

    From: Fariz Reza [Dot] Com

    ReplyDelete