Translate

Saturday 18 August 2012

Syawal dtg lagi!

Assalammualaikum,
apa khabar?alhamdulillah,anis sihat je..hmm,nmpaknya Ramadhan dh prgi mninggalkan kita dan Syawal dtg untuk mraikan kmenangan ats prjuangan kita slama sbulan brpuasa.hrap2 ini bkan Ramadhan yg terakhir,Amin..tapi thun ni anis tak boleh rya sngat sbab tinggal lgi sbulan ja nk PMR yg sbenar..huhu,tkutnya-doakan anis ya!

Thun anis rya kt kmpung..bestnya!tpi tak mcm dlu lgi.wktu kecik2,boleh la pi mntak duit rya.skrang dh besar n tinggi (tinggi ke?) malulah nk mntak..hrap org bgi je..duit rya thun ni anis nk simpan untuk beli handphone bru sbab handphone lma dh rosak :'(.kena brkorban la skit,sehari mkan RM 1 je la..anis nk beli handphone ni..(bkan nk mnunjuk ye,jgn slah fhm)

harap2 dpat :)
anis nk beli handphone tu bkan sbab apa..sbab hrga dia murah dan jnama yg boleh dpercyai..kakak anis dia beli handphone ni:-

tapi hrga handphone kak anis tu mhal..tak mmpu anis nk beli :D.oklah,apa2 pun anis nk ucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri Maaf Zahir & Batin.Anis nk mntak maaf klau kta2 anis dlm blog ni mnyinggung prasaan para pmbaca di luar sana,hrap dimaafkan.Assalammualaikum,bye!


.SELAMAT.TINGGAL.RAMADHAN.KITA.JUMPA.TAHUN.DEPAN.




Tuesday 31 July 2012

Trial dh dekat!!

Assalammualaikum,
hai,kwan2..apa habaq?sya shat,Alhamdulillah.aduhai....trial pmr dh dekat ni,mggu dpan ja..mcm2 kena buat.tapi xpa.blan Ramadhan ni bnyak fadhilatnya,kena usaha klau nk kejyaan yg cemerlang.sapa xnak kan?
jadi setakat ni dlu ye..nk pi study ni! assalammualaikum-

DOTHEBESTINYOUREXAM-anis fateha :)

Monday 30 July 2012

Ramadhan anugerah Allah S.W.T.

Assalammualaikum,alhamdulillah Ramadhan datang lagi menemui kita,bersyukurlah.Ini anugerah istimewa dari Allah kepada umat Nabi Muhammad S.A.W.Sambutlah dengan gembira dan lapang dada.Bayangkan nikmat dan rahmat yang dicurahkan pada bulan ini cukup banyak.Nabi bersabda: "awalnya rahmat,pertengahannya keampunan dan penghujungnya pelepasan dari neraka".

-FADHILAT PUASA.-

>mendapat pahala tiada tolok banding
>masa ibadat yang lama(13 jam)
>diampunkan dosa setahun
>mendapat dua kegembiraan :ketika berbuka & ketika bertemu Allah
>masuk syurga melalui pintu Rayyan
>mendapat syafaat puasa
>doa makbul ketika berbuka

Sabda Nabi S.A.W.
"Setiap amalan anak Adam untuknya kecuali puasa.Sesungguhnya puasa untuk Ku dan Aku sahaja tahu membalasnya".

"Sesungguhnya bau busuk mulut orang berpuasa itu lebih wangi dari haruman kasturi"

Friday 29 June 2012

Andai itu takdir-Nya...

Assalammualaikum,apa khabar?xsihat?gi mkn ubt!hehe..ok,klau awk tngok tjuk post ni mcm tjuk sbuah novel,kan?hihi..sya bkan nk crita tntang novel tu..sje je ambik tjuk tu~
Ok,harini sya nk cite skit tntang cinta.(hehehe)sya bkan gatai ye...just nk brkongsi je..Cinta ada bnyak pringkat.first cinta monyet yg menjadi nadi kpd muda mudi.msti awk smua prnah brcinta kan???sya nk tnya..apa mksud cinta?cinta adalah satu fitrah yg ada di dlm hati mnusia.cinta mmbuatkan sseorang itu tidak ksunyian dlm hidupnya dan sseorang itu mmpunyai sifat pnyayang trhadap org yg dikasihi.

yg paling bestnye ialah islam tidak memusuhi cinta.Ini sesuai dengan ciri-ciri Islam sebagai agama yang menepati fitrah manusia. Malah, Islam memandang tinggi persoalan cinta yang tentunya merupakan perasaan dan fitrah yang menjiwai naluri setiap manusia.


Tetapi,cinta dlm islam ada beberapa pringkat:

1.Cinta kpd ALLAH.
-cinta kpd Allah ni bkannya kita dok msej 'i love u' kt Allah.no3!cinta kt Allah ni ialah cinta yang tertinggi dalam kehidupan manusia.Tanpa cinta kepada Allah, perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti, sedangkan apa yang menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan dan mencintai Allah. Dengan cinta akan mendorong manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah serta menerbitkan iman yang mantap.

2.Cinta kpd Rasulullah S.A.W. dan Para Anbia'
-Ketika manusia berada di dalam kegelapan, maka diutuskan pembawa obor yang begitu terang untuk disuluhkan kepada manusia ke arah jalan kebenaran. Pembawa obor tersebut ialah Rasulullah s.a.w.
 Maka kita spatutnya brsyukur krana Nabi Muhammad S.A.W. dtg mncerahkan hidup kita dgn chya ISLAM.

3.Cinta sesama mukmin.
-hmm...Perasaan kasih sayang sesama manusia merupakan tunggak utama untuk menyalurkan konsep persaudaraan. Cinta inilah yang mengajar kita supaya mencintai ibu bapa dan keluarga. Selain daripada cinta kepada kedua-dua ibu bapa, Islam juga meletakkan cinta sesama mukmin sebagai syarat kepada sebuah perkumpulan atau jemaah yang layak bersama Rasulullah s.a.w..
Inilah yang telah diajar oleh Islam. Maka masyarakat sejagat, malah umat Islam sendiri dapat melihat bahawa betapa agungnya unsur kasih sayang dan cinta yang terdapat di dalam Islam dan begitu jualah agungnya penjagaan Islam sendiri terhadap umatnya supaya tidak mencemarkan kesucian cinta dengan kekotoran nafsu.

Itulah cinta di dalam Islam. Ia haruslah diasaskan di atas dasar keimanan kepada Allah. Alangkah ruginya cinta yang lari dari landasan iman. Lalu akan hanyutlah jiwa-jiwa yang menyedekahkan dirinya untuk diperlakukan oleh ´syaitan cinta´ sewenangnya-wenangnya.

Sesungguhnya cinta sebelum perkahwinan merupakan cinta palsu walaupun dihiasi dengan rayuan manja kerana itu hanya panggilan ke lembah kebinasaan. Masa muda yang dianugerahkan oleh Allah hanyalah sekali berlaku dalam hidup dan tidak berulang lagi untuk kali kedua atau seterusnya.

Maka dalam meniti usia, remaja perlu berhati-hati dengan mainan perasaan walaupun merupakan perkara yang amat sukar dilakukan, apatah lagi semakin dihambat usikan perasaan, semakin ia datang mencengkam. Itulah azam kita untuk melawan nafsu dan alangkah malunya untuk kita tewas dan kita sendiri merelakan diri dibawa oleh arus yang menghancurkan.

Jangan jadikan diri kita sebagai hamba cinta yang hanya berlandaskan nafsu tanpa pertimbangan akal yang waras. Kita seharusnya mengawal perasaan cinta kerana jika terlalu obses terhadap seseorang, manusia biasanya akan hilang kawalan dan tidak dapat menerima hakikat kehilangan, lantas sanggup melakukan sesuatu yang buruk untuk melepaskan perasaan kecewa seperti pembunuhan kejam terhadap Allahyarham Norzi Ayu Md Nor baru-baru ini serta beberapa contoh yang lain.

sumber:-CINTA MENURUT PANDANGAN ISLAM-

:) sweetnye


Tuesday 19 June 2012

Assalammualaikum.saya nk kongsi tentang teka teki Islam.tunggu apa lagi,jom baca dan.....fahaminya!!

1. Ada berapa ayat dalam Al-Quran?
Jawapan: 6236 ayat

2. Ada berapa surah dalam Al-Quran?
Jawapan: 114 surah..

3. Surah apa tiada Bismillah?
Jawapan: Surah Taubah

4. Ayat pertama dalam Al-Quran?
Jawapan: Bismillahirrohmanirrahim…

5. Wahyu terakhir diturunkan?
Jawapan: Optional:byk khilaf mengenai wahyu terakhir diturunkan. yg famous= al-Maidah; 5:3, dikatakan tidak berapa tepat sbg ayat terakhir.. dikatakan juga ayat2 mengenai riba' (al-Baqarah; 2:278-280) diturunkan 9 hari sblum kewafatan baginda SAW berbanding al-Maidah; 5:3 yg dikatakan turun sewaktu haji wida', penghujung tahun ke10 hijrah, 81 hari sebelum kewafatan baginda SAW.

6. Ada 6 perkara....Tapi,6 - 6 = 0 (Betul la kan....),6 - (5 @ 4 @ 3 @ 2 @ 1) = 0 jugak... Apakah ia?
Jawapan: Rukun Iman

7. What is more powerfull than Allah
More evil than The Devil
The Poor has it
The Rich doesn't need it
If you eat it, you'll die

the answer is :.............................?

Jawapan :
NOTHING (!)
NOTHING is more powerfull than Allah
NOTHING is More evil than The Devil
The Poor has NOTHING
The Rich doesn't need NOTHING
If you eat NOTHING, you'll die

8. Dalam Al-Quran ada 114 Surah..memandangkan Surah taubah tiada bismillah..maka sepatutnya ada 113 bismillah..tetapi bila dikira balik ada 114 bismillah..dalam surah manakah letaknya bismillah yang satu lagi?
Jawapan: dalam surah an-naml ayat 30! lebih tepat lg bismillahirrahmanirrahim (sebab kalo just bismillah ade byk sebenarnya).. ayat dlm surah an-naml tersebut merupakan perutusan utk nabi sulaiman daripada raja balqis..

9. Air merupakan pelarut yang bagus..maknanya air dengan air boleh bercampur. tp Allah maha berkuasa Dia menjadikan Dua Air laut iaitu tawar dan masin x boleh bercampur bahkan dihalangi oleh satu dinding yang ahli saintis pun hairan, mcam manalah dua air laut ni x boleh bercampur.Soalannya manakah ayat di dalam Al-Quran yang membuktikannya?
Jawapan:
surah ar-rahman ayat 19-20
"ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu. di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing2 tidak melampaui sempadannya."

10. dalam al-quran, ade surah yg panjang dan surah yg pendek. ade satu surah panjang ni, Allah turunkan sekaligus semua ayat dalam surah tu dari awal hingga akhir lengkap sampai abis sekali turun.. surah apakah namanya?
Jawapan: surah al-an'am..

11. kenapa diharamkan nikah gadis se kampung?
Jawapan: sebab dalam islam cuma bagi lelaki kahwin 4 orang je..
x blh lbh dari tu kan.. jd kalo kawin dgn gadis sekampung,brape ramai tu?
besanya dalam kampung mesti adalebih dr4 org gadis,kalo tak bukan nama kampung la kan?

12. surah ape yang x de huruf mim...???
Jawapan: surah Al-Kauthar

13. siapakah pembunuh 1/6 daripada penduduk bumi?
Jawapan: Qabil yang membunuh 1/6 daripada penduduk bumi
sebab bunuh Habil.. masa tu just ade Nabi Adam a.s, Siti Hawa, Qabil, Habil, Iklima dan Lubuda... 1/6 la tu..

p/s:maafkan sya jika kta2 sya ni salah,so tegur sya,ok?


Assalammualaikum,sihat?klau xsihat meh nk bagi ubat!hee...alhamdulillah arini ada peluang nk update wlaupon sibok dgn krja krsus Sj ngan Geo..*penat*.ok,harini saya nk kongsi sedikit ilmu.tapi ilmu ni bukan hasil tngan saya,ilmu ni dri blog tentang islam.saya hnya nk kongsi jerr...


-SELAMAT MEMBACA-




Tuesday 5 June 2012

Tetap 'Senyum' Walau Gaduh.

cutenya!!
Assalammualaikum,hai2 apa khabar?alhamdulillah arini anis brpeluang nk update wlaupun sibok dngan homework.Ermm..awk prnah mrah kan?prnah gaduh kan?smua org prnah gduh and marah,tipulah klau xprnah mrah+gaduh.Kita mesti memenuhi tuntutan pkerjaan yang memerlukan perhubungan anda dengan orang ramai.Anda prlu berbincang dan berkongsi pandangan apatah lagi jika tugasan itu dilakukan dalam bentuk kumpulan.

Dalam suasana begitu,mesti ada yg tidak setuju atau anda sendiri tidak dapat menerima pandangan orang lain dan hal ini dapat mencetuskan pertengkaran kecil.Bagaimanakah untuk mewujudkan suasana yg baik bagi memastikan hubungan antara rakan sekrja tidak terjejas wlaupun anda bertegang urat di bilik mesyuarat atau study group?

->Anda perlu menjadi seorang yang professional.
Setiap yang berlaku di bilik/tempat perbincangan,jangan biarkan ia berlarutan sehingga ke luar bilik.Walaupun anda tidak menyetujui pandangan rakan anda atau apa yg diperkatakan menimbulkan kemarahan anda,lupakan di saat anda melangkah keluar bilik/tempat perbincangan dan jangan biarkan perasaan anda menjejaskan hubungan antara anda dan rakan anda.



->Anda memerlukan rakan ketika bekerja/study.
Anda perlu tahu bahawa anda memerlukan antara satu sama lain ketika bekerja/study,atau dalam bentuk apa jua hubungan.Jadi jika rakan anda mempunyai pandangan yang berbeza,cuba kaji dan selidik adakah  pandangannya lebih baik.Jika lebih baik,tidak salahnya anda menerima pandangannya dan hormati pandangan dia.



->Anda harus JUJUR.
Anda harus jujur antara satu sama lain untuk mengelak sebarang pandangan dan pendapat suarakan dengan penuh kejujuran tanpa disusuli dengan ketidakpuasan yang langsung tidak berkaitan dengan tugasan yang sedang dibincangkan.Sifat kejujuran yang diamalkan sehingga ke luar pejabat/tempat perbincangan mungkin anda lebih mengenali antara satu sama lain.



->Anda hendaklah bersikap AMANAH.
Jika melakukan pembahagian tugasan,pastikan anda telah menyelesaikan tugasan yang diamanahkan kepada anda dengan baik.Segala  maklumat dan laporan lengkap perkembangan tugasan,pastikan anda telah melaporkan atau membentangkannya kepada ketua kumpulan dan ahli kumpulan.




->FOKUS.
Anda harus mempunyai fokus dan percaya sesuatu tugasan tidak akan berhasil jika anda mempunyai perasaan ingin menang sehingga sanggup menjatuhkan orang lain.Saat bekerja dalam kumpulan,anda baik antara rakan sekerja.Tanpa menjatuhkan orang lain sekalipun anda tetap berpotensi untuk maju.



->JAGA ADAB PERCAKAPAN.
Jika anda sendiri tidak berpuas hati dengan rakan,tidak salah jika anda berterus terang.Tetapi semasa anda berterus terang,gunakan bahasa/cara yang tidak menyinggung perasaan rakan anda.eg;memaki hamun.Pastikan yang anda perkatakan adalah tentang pekerjaan tanpa menyentuh ruang peribadinya.Mungkin hubungan anda lebih baik sehingga tidak mempunyai masalah walaupun bertembung di luar pejabat.



p/s:Berusaha dan lakukan sesuatu pekerjaan dengan seikhlas hati tanpa memikirkan balasan semata-mata kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri,semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan kita sedar ataupun tidak.

Ok,setakat ni dlu..fhm x apa yg anis tulis?klau xfhm,fhmkanlah!bye2..assalammualaikum~