Translate

Monday 30 July 2012

Ramadhan anugerah Allah S.W.T.

Assalammualaikum,alhamdulillah Ramadhan datang lagi menemui kita,bersyukurlah.Ini anugerah istimewa dari Allah kepada umat Nabi Muhammad S.A.W.Sambutlah dengan gembira dan lapang dada.Bayangkan nikmat dan rahmat yang dicurahkan pada bulan ini cukup banyak.Nabi bersabda: "awalnya rahmat,pertengahannya keampunan dan penghujungnya pelepasan dari neraka".

-FADHILAT PUASA.-

>mendapat pahala tiada tolok banding
>masa ibadat yang lama(13 jam)
>diampunkan dosa setahun
>mendapat dua kegembiraan :ketika berbuka & ketika bertemu Allah
>masuk syurga melalui pintu Rayyan
>mendapat syafaat puasa
>doa makbul ketika berbuka

Sabda Nabi S.A.W.
"Setiap amalan anak Adam untuknya kecuali puasa.Sesungguhnya puasa untuk Ku dan Aku sahaja tahu membalasnya".

"Sesungguhnya bau busuk mulut orang berpuasa itu lebih wangi dari haruman kasturi"

No comments:

Post a Comment