Translate

Sunday 3 June 2012

'Hot' dalam kalangan teman.

Assalammualaikum dan slmat sjahtera kpd non muslim.Klau awk tngok tjuk di ats,msti xbrapa fhm.jadi anis nk terang skit.awk nk jdi trkenal @ 'hot' dlm klangan rakan2 awk?psti ada yg trsnyum.Knapa hrus berasa malu?sebenarnya apabila diknali ramai,ia akan menjadikan awk lebih brkeyakinan.tapi jangan pula trkenal krana kenakalan.Dalam hal ini biarlah dikenali krana personaliti yg positif.untuk itu awk boleh mngikuti beberapa panduan ini.

✿Peranan mata.
Untuk menarik perhatian ketika berbicara,pandang mata rakan anda terutama matanya.Dalam hal ini ia menunjukkan bahawa kita menghargai kehadirannya dan suka berbicara dengannya.Dengan cara memandang mata seseorang juga akan melahirkan perasaan yg lebih rapat dan mesra.Jangan memandang ke arah lain kerana ia seolah-olah kita tidak menhargai kehadirannya atau tidak menyukainya.


☼Hindari tekanan.
Setiap orang termasuk pelajar tidak dapat lari daripada masalah tekanan.Sehubungan itu jangan jadikan masalah yang dihadapi senagai penghalang hubungan anda dengan rakan2.Jangan bebankan tekanan itu kepada rakan2 anda.Seorang rakan yang baik tidak akan membebankan masalah yang dihadapinya kepada rakannya.


al-Quran dapat mengurangkan tekanan,insyaAllah. 

✓Aktifkan dengan pelbagai aktiviti.
Sentiasa penuhkan masa lapang anda dengan aktiviti-aktiviti yang positif dan berfaedah.Selain itu,adalah disarankan anda mendapatkan lebih kenalan baru.Dengan cara ini anda akan mudah dikenali ramai.


♥Menjadi seorang yang peramah.
Jadilah seorang yang peramah,mudah didekati dan mudah diajak.Sesetengah orang yang mempunyai sikap ini secara semula jadi dan orang lain akan berasa selesa di sampingnya.Maka ambillah inisiatif untuk terlebih dahulu menyapa atau mengajak seseorang untuk berbicara.Dengan cara ini anda akan menjadi seseorang yang lebih peramah.


☂Jadilah diri anda sendiri.
Cuba menjadi diri anda yang sebenar.Jangan cuba MENIRU gaya orang lain yang kita rasa popular.Hal ini berlaku kerana setiap personaliti yang baik akan mempunyai rakannya sendiri.Jika meniru gaya personaliti orang lain ia tidak akan menghasilkan hubungan yang berkekalan.Ini untuk mengelak daripada rakan2 menuduh kita bersifat pura-pura.Jangan lupa bahawa anda adalah anda sendiri!Oleh itu jadilah diri anda yang sebenarnya.



Sampai sini sja ye..nnti anis update lagi,ok?





No comments:

Post a Comment