Translate

Tuesday, 5 June 2012

Tetap 'Senyum' Walau Gaduh.

cutenya!!
Assalammualaikum,hai2 apa khabar?alhamdulillah arini anis brpeluang nk update wlaupun sibok dngan homework.Ermm..awk prnah mrah kan?prnah gaduh kan?smua org prnah gduh and marah,tipulah klau xprnah mrah+gaduh.Kita mesti memenuhi tuntutan pkerjaan yang memerlukan perhubungan anda dengan orang ramai.Anda prlu berbincang dan berkongsi pandangan apatah lagi jika tugasan itu dilakukan dalam bentuk kumpulan.

Dalam suasana begitu,mesti ada yg tidak setuju atau anda sendiri tidak dapat menerima pandangan orang lain dan hal ini dapat mencetuskan pertengkaran kecil.Bagaimanakah untuk mewujudkan suasana yg baik bagi memastikan hubungan antara rakan sekrja tidak terjejas wlaupun anda bertegang urat di bilik mesyuarat atau study group?

->Anda perlu menjadi seorang yang professional.
Setiap yang berlaku di bilik/tempat perbincangan,jangan biarkan ia berlarutan sehingga ke luar bilik.Walaupun anda tidak menyetujui pandangan rakan anda atau apa yg diperkatakan menimbulkan kemarahan anda,lupakan di saat anda melangkah keluar bilik/tempat perbincangan dan jangan biarkan perasaan anda menjejaskan hubungan antara anda dan rakan anda.



->Anda memerlukan rakan ketika bekerja/study.
Anda perlu tahu bahawa anda memerlukan antara satu sama lain ketika bekerja/study,atau dalam bentuk apa jua hubungan.Jadi jika rakan anda mempunyai pandangan yang berbeza,cuba kaji dan selidik adakah  pandangannya lebih baik.Jika lebih baik,tidak salahnya anda menerima pandangannya dan hormati pandangan dia.



->Anda harus JUJUR.
Anda harus jujur antara satu sama lain untuk mengelak sebarang pandangan dan pendapat suarakan dengan penuh kejujuran tanpa disusuli dengan ketidakpuasan yang langsung tidak berkaitan dengan tugasan yang sedang dibincangkan.Sifat kejujuran yang diamalkan sehingga ke luar pejabat/tempat perbincangan mungkin anda lebih mengenali antara satu sama lain.



->Anda hendaklah bersikap AMANAH.
Jika melakukan pembahagian tugasan,pastikan anda telah menyelesaikan tugasan yang diamanahkan kepada anda dengan baik.Segala  maklumat dan laporan lengkap perkembangan tugasan,pastikan anda telah melaporkan atau membentangkannya kepada ketua kumpulan dan ahli kumpulan.




->FOKUS.
Anda harus mempunyai fokus dan percaya sesuatu tugasan tidak akan berhasil jika anda mempunyai perasaan ingin menang sehingga sanggup menjatuhkan orang lain.Saat bekerja dalam kumpulan,anda baik antara rakan sekerja.Tanpa menjatuhkan orang lain sekalipun anda tetap berpotensi untuk maju.



->JAGA ADAB PERCAKAPAN.
Jika anda sendiri tidak berpuas hati dengan rakan,tidak salah jika anda berterus terang.Tetapi semasa anda berterus terang,gunakan bahasa/cara yang tidak menyinggung perasaan rakan anda.eg;memaki hamun.Pastikan yang anda perkatakan adalah tentang pekerjaan tanpa menyentuh ruang peribadinya.Mungkin hubungan anda lebih baik sehingga tidak mempunyai masalah walaupun bertembung di luar pejabat.



p/s:Berusaha dan lakukan sesuatu pekerjaan dengan seikhlas hati tanpa memikirkan balasan semata-mata kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri,semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan kita sedar ataupun tidak.

Ok,setakat ni dlu..fhm x apa yg anis tulis?klau xfhm,fhmkanlah!bye2..assalammualaikum~

No comments:

Post a Comment